Pages

Popular Posts

Wednesday, March 13, 2013

Aktiviti 2 (Kotak Ajaib)


Kotak ajaib

Aktiviti menggalakkan murid untuk menanya soalan yang berkaitan dengan diri mereka atau keadaan sekeliling mereka. Dalam masa yang sama juga aktiviti ini boleh dikatakan sebagai “mind games” di mana dalam kotak tersebut ada komputer (hanya imej) atau hanya kotak yang dibalut bagi melambangkan komputer.


Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

1)Guru berkata kepada pelajar: dalam kotak ini ada komputer yang paling bijak di dunia. Komputer ini ada internet jadi ia boleh mendapatkan maklumat sangat laju. Sekiranya kamu ada soalan sila kemukakan apa-apa soalan pun dengan menulisnya di atas kertas. Guru akan memilih beberapa soalan yang ditanya oleh murid kepada komputer tersebut. Sambung…

2) Walaupun begitu, komputer ini hanya akan menjawab soalan yang betul-betul murid itu tidak tahu jawapannya. Dalam hal ini akan mengalih pelajar ke arah yang lebih selesa lagi.

3)Disebabkan itu komputer ini hanya akan menjawab soalan yang jelas maksudnya. Contohnya murid menanya mengenai ‘Bagaimana hendak menjadi pelajar cemerlang?’ jadi di sini akan membincangkan mengenai ‘cemerlang’. Dalam hal ini murid akan mengajukan banyak lagi soalan. Guru akan kata…

4)‘Komputer ini menggunakan banyak kuasa elektrik jadi baterinya sudah lemah. Ia hanya boleh menjawab tiga soalan sahaja lagi. Murid-murid akan menunggu untuk menanya soalan lagi di masa akan datang kepada komputer yang bijak.

6 comments:

  1. Bagaimana dengan murid yang lain...yang soalannya tidak terpilih..adakah soalan tersebut ada kaitan dengan p n p....

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yang diajukan oleh murid lain yang tidak terpilih akan dijawab oleh cikgu tersebut pada waktu P n P yang akan datang..bagi soalan yang ditanya oleh murid ia akan berkisar dengan tajuk P n P pada waktu tersebut..

      Delete
  2. Idea yang bernas..adakah komputer paling bijak mampu menjawab semua soalan yang ditanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. komputer paling bijak hanya sebagai simbolik..yang menjawab pertanyaan tersebut adalah cikgu..

      Delete
  3. aktiviti ini mampu menarik minat murid dalm pembelajaran.

    ReplyDelete
  4. Apakah soalan ditanya? Nyatakan kesemuanya.

    ReplyDelete