TUGAS
DAN PERANAN GURU
Tugas
guru adalah mengajar atau memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid, malah
guru juga ditugaskan untuk memberi pendidikan yang berkesan kepada generasi
muda.
Untuk
melaksanakan tugas tersebut seorang guru haruslah:
1) Membuat
persediaan mengajar bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran berlangsung
dengan jayanya.
2) Membaca
dan membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang baru supaya
dia mencapai matlamat pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan.
Peranan
guru adalah pemimpin masyarakat, pembimbing dan pengajar. Seorang guru juga
haruslah melaksanakan sepenuhnya konsep “Kepimpinan melalui teladan” dan dapat
memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Selain itu
juga, seorang guru juga diharapkan untuk membentuk nilai dan akhlak yang baik
kepada pelajar.
CIRI-CIRI
GURU YANG SANGAT BERKESAN
1. Pengetahuan
yang mendalam tentang sesuatu subjek.
2. Perancangan
yang teratur.
3. Pengetahuan
tentang Pentaksiran dan Penilaian.
4. Memahami
pelajar dan bagaimana mereka belajar.
5. Memotivasikan
pelajar untuk belajar.
6. Mencipta
bilik darjah yang selamat, produktif dan terurus.
7. Celik
dalam bidang teknologi.
8. Memahami
dan mengiktiraf kepelbagaian.
9. Mempromosi
hubungan Rumah-Sekolah-Komuniti.
10. Komitmen
kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Profesional.
No comments:
Post a Comment