Pages

Popular Posts

Wednesday, March 13, 2013

Aktiviti 3 (Apa yang kamu dapat apabila tukar…..)


Apa yang kamu dapat apabila tukar…..

Aktiviti ini melibatkan metakognitif yang dimaksudkan dengan ‘pemikiran tentang pemikiran yang kamu lakukan’. Dalam melakukannya kita mesti memikirkan apa yang hendak dilakukan dahulu atau berfikir di luar jangkaan dan tidak logik namun boleh menjadi logik sekiranya terdapat rekaan baru yang kreatif dan inovatif.

Aktiviti ini boleh dijalankan:

1)   Guru menanya murid: Apa yang kamu dapat apabila tukar A dengan B, tukarkan rumah dengan kereta, topi dengan baju dan sebagainya.

2)   Kebanyakan murid akan serta-merta membuat tanggapan tentang benda tersebut dalam minda mereka dan berfikir untuk melakukannya.

3)   Pada masa itu, murid-murid akan berfikir bahawa idea tersebut seolah-olah tidak logik atau tidak praktikal pada permulaannya namun ia juga mungkin berkembang menjadi ciptaan baru yang berguna. Guru akan kata…

4)    Apa yang kamu dapat apabila tukar sesuatu benda ke benda lain memang tidak logik namun ia akan jadi kenyataan sekiranya kita berfikir secara kreatif dan inovatif. Murid akan menjadi teruja untuk berfikir sesuatu yang baru untuk diciptakan. 

8 comments:

  1. salam....hmm...aktiviti yang menarik..tapi bagi saya penerangannya masih kurang jelas...huhu...tpi...saya rasa aktiviti ini boleh saya gunakan dalam kelas. Mohon Guna ya..minta penerangan yang jelas lagi ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih..tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggerakkan minda murid dimana setiap perkara yang dilakukan pasti ada penyelesaiannya..namun dalam aktiviti ini murid akan terus berfikir sehingga membuahkan hasil yang boleh digunakan pada masa akan datang...

      Delete
  2. contoh aplikasinya..?? menarik tapi kurang jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh diaplikasikan dalam subjek kemahiran hidup bersepadu dimana dalam subjek tersebut murid diminta untuk membuat hasil rekaan sendiri..pada mulanya murid hanya diberi sekeping papan dan daripada papan tersebut murid akan menghasilkan bekas pensil, kotak, bekas untuk meletakkan sudu, garfu dan sebagainya...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua subjek sesuai..kerana aktiviti ini menekankan cara berfikir secara kreatif dan inovatif...

      Delete
    2. betul..ada subjek yang memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif..misalnya pendidikan seni..

      Delete
  4. bagus, satu aktiviti yang menarik dan dapat dipraktikkan dalam kelas nanti :)

    ReplyDelete